Disiplin

Ditulis oleh; Unknown on

Pelaksanaan pengurusan disiplin pelajar PMS adalah tertakluk kepada Akta 174 (Akta Institusi-Institusi Pelajaran (Tatatertib) 1976), Buku Panduan & Peraturan Am Pelajar Politeknik Kementerian Pengajian Tinggi dan Buku Panduan Peraturan dan Tatatertib Disiplin Pelajar Politeknik Muadzam Shah.

Mana-mana pelajar yang dituduh atas suatu kesalahan jenayah, maka tindakan penggantungan politeknik boleh diambil ke atas pelajar menurut peruntukan subseksyen 14(1) Akta 174 dan sekiranya pelajar didapati bersalah maka tindakan pemberhentian daripada politeknik boleh diambil ke atas pelajar menurut peruntukan subseksyen 14(2) akta yang sama.

Jika pelajar ditahan atau dikenakan apa-apa perintah sekatan di bawah mana-mana undang-undang bertulis berhubung dengan pencegahan atau keselamatan dalam negeri maka tindakan pemberhentian daripada politeknik boleh diambil ke atas pelajar menurut peruntukan subseksyen 14(3) Akta 174.

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment