Program Yuran Pengajian Separuh Masa Bagi Pegawai Pendidikan Pengajian Tinggi (PPPT)!

Ditulis oleh; Unknown on

Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia menawarkan program yuran pengajian separuh masa kepada PPPT yang mengikuti pengajian di peringkat Ijazah Pertama dan Ijazah Lanjutan di Institusi Pengajian Tinggi Awam di dalam Negara.

PERHATIAN:


1.Sila baca dengan teliti syarat-syarat dan panduan permohonan sebelum mengemukakan permohonan.

2.Hanya pemohon yang layak sahaja boleh membuat permohonan bagi tawaran ini.

3.Permohonan hendaklah dibuat secara atas talian (online) sahaja. 

4.Hanya permohonan dengan maklumat yang lengkap sahaja akan diproses. Permohonan adalah dianggap lengkap apabila pemohon menekan butang 'SIMPAN & HANTAR'. Untuk tujuan KEMASKINI PERMOHONAN, pemohon dibenarkan mengemaskini permohonan sehingga 15 Disember 2012 dan menekan butang 'SIMPAN & HANTAR' sekali lagi.

5.Tarikh tutup permohonan adalah pada 15 Disember 2012 , jam 12.00 tengah malam.

6.Untuk mengetahui dengan lebih lanjut sila klik pada link yang diberikan di bawah:-


Tarikh tutup permohonan adalah pada 15 Disember 2012.

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment