Perhimpunan Bulanan Kakitangan PMS (November 2012)!

Ditulis oleh; Unknown on

Assalammu'alaikum Warahmatullahi Wabarakatuh, Salam Sejahtera dan Salam 1Malaysia buat semua warga Politeknik Muadzam Shah. Semoga sentiasa sihat walafiat hendaknya. Adalah dimaklumkan bahawa Perhimpunan Bulanan bagi bulan November akan diadakan seperti butiran di bawah :-

Tarikh: 29/11/2012 (Khamis)
Masa: 3.00 ptg
Tempat: Dewan Kuliah Utama PMS

Alhamdulillah pada kali ini Jabatan Kejuruteraan Mekanikal merupakan tuan rumah bagi penganjuran Perhimpunan Bulanan Kakitangan Bulan November. Sebagai peringatan, semua staff PMS DIWAJIBKAN hadir dan anda diminta untuk membawa bersama Kad Pekerja bagi memudahkan urusan pendaftaran kehadiran.

Antara perkara penting yang bakal berlangsung pada perhimpunan bulanan tersebut adalah, ucapan ataupun amanat dari Pengarah PMS, Penyampaian Anugerah Pekerja Cemerlang, Pengumuman Keputusan & Penyampaian Hadiah Pertandingan Kuiz Galakan Membaca dan beberapa acara lain.

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment